This is the only Official Movisubmalay site. Beware with other fake websites!
0
BoredFineGoodAmazingExcellent (No Ratings Yet)
Loading...

Gegar Vaganza

Gegar Vaganza 7 atau Gegar Vaganza 2020 (Norma Baharu) bermula pada 11 Oktober 2020 dan disiarkan pada hari Ahad jam 9:00 malam yang menampilkan 14 peserta daripada Malaysia sahaja. Pada musim ini, penaja utama bagi Gegar Vaganza 7 ialah Farm Fresh dan penaja bersama adalah DiGi, Adabi (PowerCat) dan Cuckoo. Penyanyi lagenda Malaysia, Khatijah Ibrahim kembali sebagai juri tetap bersama Dato’ Ramli MS. Pengacara bagi musim ini masih lagi mengekalkan duo pelawak terkemuka iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta yang membabitkan dari luar negara yang terlibat seperti musim-musim yang lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani pandemik ini. Mengangkat tema Dimensi Berbeza Gegar Vaganza 2020 pada skala Norma Baharu, musim ketujuh kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit.

Dua anugerah khas akan diumumkan setiap minggu iaitu Artis Cili Padi Paling Power dan Bintang Cuckoo Paling Gempak. Artis Cili Padi Paling Power dipilih oleh para juri berdasarkan persembahan peserta di setiap konsert dan diumumkan oleh Nabil dan Jihan sebelum segmen Ada Lagu Ada Lagi pada akhir rancangan manakala kategori Bintang Cuckoo Paling Gempak akan diundi oleh peminat – peminat para peserta melalui undian online di laman web Astro Gempak. Peserta yang mendapat undian tertinggi akan diumumkan pada konsert minggu berikutnya.

Genre: Music

Release:

TMDb: N/A

Country:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *